Tuesday, June 30, 2009

BUAH KUNDANG





Jarang anak-anak sekarang mahu makan buah kundang, malah pokoknya pun semakin pupus. Semasa kecil dahulu kami selalu ke hutan dan mencari buah ghemia (remunia) yang seakan buah kundang juga; yang muda dicicah sambal dan yang masak dimakan begitu saja. Rasanya yang masam dan sedikit manis dengan warna kuning memikat hati, seakan-akan anggur jua..

Pagi Ahad lalu Haji Hasan mengajak saya memetik buah kundang, dan kenalah saya memanjat pokoknya yang agak tinggi.. Gayat jadinya. Dan kepada anak-anak kenalah saya tunjukkan cara memakannya.. kena hiriskan, baru hendak makan. Alahai anak-anakku.

1 comment:

Unknown said...

kt kg saya dulu ada beberapa pokok kundang yg besar dan tinggi. Batangnye saje lebih besar dari pemeluk. Di atas pokok ianya bergugusan macam anggur. Cara ambil samada panjat atau jolok dgn galah. waktu ianya belum masak pun boleh mkn, dah masak pun mmg boleh. Kalau muda, cicah dgn kicap campur lada, kalau dh masak mkn mcm tu je, mmg manis. x belah pun. Satu lagi kami buat jeruk. Best dimakan kundang ni samada masa muda atau masak ranum.Masa kecil2 dulu puas mkn siang malam bila tiba musimnye.