Thursday, June 25, 2009

CERAMAH PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SMKSK

Malam tadi warga SMK Seri Kenangan bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah Prof sempena dengan 1 Rejab dan puasa perdana anjuran PIBG dan pihak sekolah. Bermula dengan bacaan Yasin dan berbuka puasa, solat Maghrib dan solat hajat; acara nampak sungguh meriah dan ramai kalangan ibu bapa (Ting 3 dan 5) yang hadir.

Selepas Isyak, sesi ceramah mendapat perhatian dan tumpuan pelajar (dan ibu bapa). Pada mulanya saya risau juga bila suasana dewan yang padat dan seakan bising yang mungkin sukar hendak dikawal, namun apabila Prof memegang mikrofon, suasana tenang dan pelajar memberi perhatian penuh. Syukur.

Banyak yang Prof nyatakan; terutamanya perlunya pelajar (dan kita) mempunyai AZAM, NIAT dan IMPIAN yang hebat untuk memulakan langkah ke pintu kejayaan. Selain itu, faktor keberanian menjadi pendesak kepada apa yang diimpikan. Namun ia perlu bermula dengan kejayaan dalam pelajaran dan yang utama hubungan dengan Allah.

Curahan semangat seperti ini memberi bekas kepada pendengar dan semoga SMKSK akan mencipta kecemerlangan sulung SPM pada tahun ini.

Terima kasih Prof (dan Puan Raudzah yang turut hadir) atas sumbangan beliau kepada kami.

(Saya suka tengok Prof yang simple; sedia menjamah nasi ambang -ambeng- dan kuih kuici yang mungkin menjadi kegemarannya. Berkali-kali Puan Hajah Zainab (Pengetua) berbisik menyatakan kegembiraannya, syukur).

1 comment:

Engku Artini said...

Salam perkenalan jugak ustaz..
saya sentiasa mempunyai azam & impian. Terkadang saya lupa keberanian itu amat penting untuk mencapai azam & impian. Akan saya usahakan keberanian itu dengan lebih bersungguh..
thanks ustaz