Friday, June 19, 2009

KONFERENSI PENIDIKAN ISLAM- CITU UiTM




Hari ini kami berada di Pasir Gudang (bukan gudang pasir?), menghadiri konferensi yang menghimpunkan seluruh warga CITU Malaysia. Bertolak dengan bas seawal jam 10 pagi dan solat Jumaat di Simpang Renggam... dan tiba sekitar jam 3.30. Pertama kali saya menjejak kaki ke Pasir Gudang, khasnya Hotel Selesa yang agak selesa juga.
Konferensi ini meriah dan menjadi lebih meriah dengan pertemuan rakan dan sahabat lama dari seluruh negara. Agenda utama kami ialah mencari jalan dan hala tuju ke arah memantapkan peranan CITU di UiTM, membantu seupaya mungkin UiTM ke arah mencapai RU.. Itu ikrar dan janji kami.

(Agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi hajat Tn Haji Daud yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya, Dr Farhana pada 21 Jun nanti. Maaflah bukan rezeki saya untuk membantu sahabat baik saya berewang dan berkenduri di rumahnya..)

Rakan setugas si Hanyza pula terpaksa berkurung di rumah kerana sakit (MC), dan kasihan kepadanya kerana mungkin banyak kerja UPENA yang dibuat hingga lewat malam... akhirnya terpaksa bercuti rehat di rumah.

Petang ini juga kami mendapat berita Pak Rahman, bekas pengawal keselamatan UiTM kembali ke rahmatullah. Semoga Allah menerima segala amal baiknya.. Semasa hayatnya, dia seorang yang amat baik, amin..

1 comment:

hani said...

Salam.
Don't feel bad, Ustaz. Kerana asyik khusyuk bekerja, saya lupa minum air.Bagus juga kena berkurung di rumah sekali-sekali. Sedar sikit yang diri tu bukan Superwoman. hehe... Semoga UPENA UiTM Johor bergerak maju!