Thursday, July 2, 2009

PELAJAR BARU (1400)




Penuh Dewan Seri Temenggung dengan 1400 pelajar baru yang mendaftar kali ini; mungkin yang teramai dalam sejarah UiTM Johor. Dalam ramai-ramai itu, yang kita cari ialah mereka yang bersungguh-sungguh mahu belajar, punyai jati diri, sedia menerima perubahan ke arah yang lebih baik dan yang penting komitmennya untuk berbakti kepada agama dan negara.

Untuk menghasilkan produk yang baik, tentunya pengajar dan pembimbing juga perlu punyai kualiti dan ketulusan diri untuk membimbing mereka.

Berburu ke padang sasar
mendapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagaikan bunga kembang tak jadi

5 comments:

sammie said...

teringat time saya reg dulu2...

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Ada tak modul yang sesuai untuk menanam/memberi semangat keyakinan diri kepada pelajar?

Ansarijal said...

Tuan PM Ustaz,
Apa perancangan ustaz utk membawa mereka itu mendekati Allah?Jangan hampakan harapan ibuayah mereka!

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Tuan Haji Shafiei, kami memang ada modul utk remaja dalam konteks membina keyakinan diri, keberanian dan keinginan utk berubah.. insya-Allah, jika terluang dapat kami bantu.. terima kasih

Anonymous said...

ustaz mn gambar kumpulan kami? ni yg sedih ni. saya dr kumpulan 36.