Friday, September 11, 2009

MERIAM BULUH DAN HIASAN RAYA



Tiba-tiba muncul meriam buluh, lemang dan hiasan indah di Lobi Bangunan Pentadbiran UiTMJ memeriahkan suasana raya. Nostalgia betul apabila melihat meriam buluh yang betul-betul boleh dimainkan, boleh berfungsi. Rasanya kalau tak takut pengawal marah, boleh kami beli 'carbait' dan meletup satu dua bunyi untuk waktu berbuka mahupun waktu sahur... Amacam, jom kita main..
Sewaktu kecil dahulu selalu kami main meriam tanah kerana ia lebih senang dibuat. Busut (pungsu) berhampiran surau memang sesuai ditebuk lubang dan dihala ke arah orang ramai yang berjemaah. Bunyinya berdentum dentam, tapi kami tak berani nak main sehinggalah jemaah selesai bertarawih ataupun petang-petang menunggu waktu berbuka. Kawan-kawan di pondok ramai yang pakar-pakar buat meriam tanah.

1 comment:

Anonymous said...

salam ustaz,

memang meriah bila lihat suasana cam nie kan...nie baru di hadapan Lobi Bangunan Pentadbiran...kadang2 tu kat hostel2 tu pon meriah...siap pelita bagai...teringat padaraya 2001, masa tu masih di uitm segamat, pakchik hussin kat dewan makan tolong membuatkan pelita daripada buluh nie...untuk decoration pertandingan antara wing....seronok pula bila ingat zaman tu...
terima kasih ustaz kerana sudi ke rumah saya(senyuman harapan). saya linkkan blog ustaz ke blog saya.