Monday, September 21, 2009

SALAM LEBARAN

Beraya bersama anak-anak di Sungai Nibung memang meriah. Menghadapi masyarakat Jawa dengan tradisi baraan dan ucapan halus mereka memang susah untuk saya hadapi suatu waktu dahulu. Namun kini, ia sudah jadi kelaziman pula.

Namun teks ucapan 'mohon maaf' dalam bahasa Jawa tidak saya ingati sampai kini. Saya akhirnya menulis nota khas bagi mengucapkan kalimah keramat ini, tertutamanya bila bertemu wak-wak (emak saudara) dan embah-embah (nenek).

Dan inilah kalimah keramatnya; 'Kuluputanku seng okeh-okeh nyalok ngapiro'; maka dijawabnya pula; 'bodo-bodo' (sama-sama) (Bukannya bodoh tau.. he he)

Petang ini mahu bertolak pulang ke Kedah pula..

Selamat hari raya untuk semua.

4 comments:

Hanis Zalikha said...

Oh kalau nenek, kami panggil nyaie'. Ejaan kurang pasti. Haha. Setiap tahun saya Johor-KL-Perak-Kedah-Perlis, Ustaz. Saudara-mara bertaburan. Tahun ini sahaja slow down. Selamat ke Kedah! Kirim salam pada orang kampung Daddy saya haha.

P/S: Kuih untuk stok rumah kami sendiri pun kurang :'(

Sufee Yusli said...

ustaz.. salam aidilfitri.. keluputan kulo lahir batin.. salah silap njalok ngapuro yo.. ;)

sharina said...

err..ustaz... 'podo-podo' la ustaz....bukan 'bodo-bodo'..kan???

Fasiha said...

yo poddo waie karo' aku...