Friday, January 8, 2010

AKU KENA PAW (dipanjangkan)

Dipanjangkan... untuk IKTIBAR

Wow aku kena paw, si India dengan satu familinya... Minggu lepas aku ke Tangkak, urusan jabatan lah katakan. bila aku singgah di tepi jalan tunggu kawan-kawan lain, si India ni yang bawa keta Avanza hijau plat JLA..., datang kat aku dan minta tolong kononnya duit dia tak boleh kluar, duit Singapore.. nak kena tukar dulu kat bank.. akupun malas nak peksa banyak2, terus la bagi RM10. Aku kecut juge, bila dua belah tangan dia letak kat pintu keta aku... aku bagi dan dia pun belah.

Yang peliknya, dia belah gitu je sambil angkat tangan say tq.. tapi bini dan anak2 dia kat keta tu, tak heran pun pandang kat aku.. Biasanya kalau satu famili dlm problem, ada org tolong, semuanya cakaplah tq ke, tak pun senyum dan hargai kita. ini tak langsung.. Terasa dah aku kena paw...

Lepas tu bila aku selesai urusan di Jabatan aku, aku ternampak lagi keta si India tu, berhenti dan cari mangsa-mangsa lain yang berhenti di tepi jalan... Dah sah telahan aku..

Selepas minum-minum dengan member, la... aku jumpa lagi kereta Avanza hijau JLA tu.. dia pau lagi orang lain pula di jalan ke Segamat..

Rupanya orang macam ni cari makan cara tak tentu hala pun ada...

Inilah kesah aku, u all ambillah iktibar selalu dengan orang macam ni.

4 comments:

zm.azami said...

Tuan, Lepas ni saya juga kena hati-hati dengan Si India Avanza hijau plat JLA.... pengePAW moden dan profesional nie..

plet JLA.... berapa Tuan. untuk sama-sama kita sebarkan kat facebook demi keharmonian bersama.

Zaza Hermosa said...

aish..
ntah paper la cari keje yang macam tuh kan ustaz..
adeyh..
ni yang saye rase seram nak jalan2 ni..jengjengjeng...!!

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Maaf, tak ingat pula plat no. nya..

Unknown said...

lain kali kalau dah nampak mcm tu, report je polis....bahaya org mcm ni dibiar aje.