Tuesday, January 5, 2010

"ALLAH' DAN MENGAGUNGKAN ALLAH

Orang marah apabila penggunaan nama Allah dibenarkan kepada pihak gereja. Marah kerana mereka faham kalimah Allah hanya sanya sensuai untuk agama Islam sahaja. Tentunya ada benar pada hujahan mereka, apatah lagi mengenangkan kukuh dan menjadi semakin kukuh cengkaman pihak luar ke atas bangsa Melayu beragama Islam.

Kalimah Allah bukanlah khusus kepada Islam sahaja, kerana Al-Quran sendiri mengakui kalimah ini digunapakai oleh orang bukan Islam seperti termaktub dalam firman-Nya; "Sekiranya kamu bertanya kepada mereka (orang kafir), siapakah yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka akan mengatakan "Allah!" (Lukman: 25, dan beberapa ayat seumpamanya dirujuk Al-Ankabut: 61, Al-Zuhruf: 87).

Dalam masyarakat Arab, orang Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah Allah kepada tuhan mereka, tanpa pernah diragui dan dibantah selama ini. Kalimah Allah bererti Tuhan, jika diterjemahkan secara harfiahnya dalam bahasa Melayu.

Bagaimana pula dalam budaya Melayu? Dalam konteks di Malaysia, penggunaan kalimah Allah oleh pihak lain, adalah tidak sesuai, tidak tepat dan amat tidak wajar. Kefahaman orang Melayu pada makna Allah terperam begitu lama bahawa Allah itu adalah Allah yang Esa, yang Satu, yang Maha Sempurna; bukannya pada Allah bertuhankan tiga oknum; Tuhan bapa, tuhan anak dan holy spirit.

Penolakan orang Melayu menggunakan nama Allah oleh pihak lain, sememangnya tepat dan benar kerana budaya itu telah sebati dan berakar umbi sekian lama. Ini bukan bermaksud kita menafikan agama lain, tetapi pada keyakinan beragama umat Islam menetapkan bahawa kalimah Allah itu khusus untuk agama Islam semata. Penolakan penggunaan kalimah Allah oleh gereja berpandukan pada hukum 'uruf' dan persekitaran ini telah sekian lama sebati yang tentunya perlu diambil kira dalam membuat apa jua pertimbangan.

Mohon penjelasan...

4 comments:

Fasiha said...

Ustaz,
saya berkongsi pendapat tentang isu yang sedang hangat di negara kita sekarang ini. Tidaklah saya ini termasuk dikalangan bijak pandai dalam keilmuan islam tetapi seorang pembaca setia kepada kitab dan buku agama serta keinginan mengetahui apa yang tersembunyi dalam agama lain membuat saya sedikit sebanyak meneroka tentang hal ini sejak beberapa tahun lalu. Umum diketahui, sejak dari sekolah agama lagi (Sek agama Negeri Johor) sudah dipelajari tentang percaya pada kitab.
Tiga agama besar Yahudi(Taurat), Nasrani(Injil) dan Islam (Al-Qur an), semuanya dari Allah yang diturunkan kepada nabi untuk disampaikan kepada umat manusia. Tidak pernah juga saya melihat kitab Taurat, Injil dan Zabur dengan mata kepala sendiri namun kewajipan kita mempercayai semuanya adalah wahyu yang pasti menyebut nama Allah di dalamnya. Cumanya pembaharuan yang dilakukan oleh pemikir mereka yang banyak melakukan perubahan untuk meletakkan logik sebagai asas pegangan mereka. Lihat post terkini saya Dialog masalah ketuhanan.

imejiner said...

view on http://chedet.co.cc/chedetblog/ post & comment regarding dis issue.

Bukan Saudara Upin said...

Tumb Up!!

TQVM Tn.

Anonymous said...

Allah: ialah mana yang khas bagi Dzat tuhan yang wajib, Al-Wujud,yang berhak disembah dengan sebenar benarnya. Kalimah Allah ini dimanakan "lafzu`l Jalalah" yakni kalimah yang menunjukkan Kebesaran Allah dan juga dimanakan Sultanu`l Asmaa ya`ni (raja segala tuhan).
Ar-Rahman: (yang maha pemurah) Ar-Rahim: (yang maha mengasihani) kedua duanya adalah antara nama nama Allah ( al-Asmaa`u`l husna) yang menunjukkan bahawa Allah Ta`ala amat melimpah rahmatnya kepada sekelian makhluknya.