Wednesday, January 20, 2010

PPJ SEGAMAT MULA MENGORAK LANGKAH

17 jan: paginya Majlis hari keluarga & sukaneka Taman Yayasan di balai raya.. dengan YB OJ turut hadir. tamat jam 1.15 seblum pulang segera ke Perpustakaan Segamat di Segamat Baru.

Pertemuan PPJ Segamat dimulakan dengan sesi forum kepimpinan sastera oleh ahli panel Prof Dr Hj Muhd Kamil, Sdr Amiruddin Ali Hanafiah (Ketua 1 PPJ), Sdr Zaid Akhtar dan saya sebagai moderator. Perbincangan begitu menarik kerana sentuhan Prof ke arah mendamaikan jiwa-jiwa yang bergelora dalam kalangan kepimpinan sastera.

YB Ayub Rahmat tiba-tiba datang dan datangnya sebagai peserta... Subhanallah, PPJ amat teruja dengan kemunculan YB yang tidak disangka-sangka.. lalu kami memberi penghormatan sebaiknya kepada beliau untuk merasmikan majlis berkenaan. Terima kasih YB yang bertindak sebagai pemimpin masyarakat, pemimpin yang benar-benar dekat dengan rakyat, syukur.

Majlis diakhiri dengan pembacaan puisi dan makan-makan. Antara tokoh penulis yang hadir ialah Cikgu Talib Hasan (Novelis Saga), Sdr Irwan DBP, Sdr Rushdi (DBP WS), veteren PPJ dan lain-lain dalam jumlah 35 orang.

Nampaknya program pertama PPJ dengan kerjasama UiTM Johor (UPENA), DBP Wilayah Selatan ini membuahkan hasil yang cukup manis dan bermakna. Tahniah kepada semua penggerak.

1 comment:

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Tahniah kepada Ustaz kerana dapat merealisasikan aktiviti PPJ Segamat dengan jayanya.