Tuesday, January 26, 2010

TUDUNG CTU

Selain tudung Ekin, tudung Siti Nurhaliza dan berbagai lagi jenis tudung; ada juga panggilan yang saya namakan seabgai tudung CTU.. Tudung CTU ini jenis apa ya?

Ia sebenarnya tudung rakan pelajar yang masuk ke kelas saya sahaja memakai tudung, sedangkan ketika ke kelas lain, di tempat lain; tidaklah pula dia bertudung.. Cumanya, saya ini jenis yang tak pandai nak marah, sekadar memberi sokongan dan dorongan ke arah yang lebih baik..

Namun pelajar seperti ini, lazimnya mengambil masa yang agak lama untuk kekal bertudung, ada yang sampai dua tiga tahun, baru bertudung sempurna.. Semuanya itu adalah anugerah Allah; hidayah dan kekuatan qudrat yang Allah berikan kepada mereka; sedangkan kita hanya berusaha dan memberi pengajaran terbaik..

Selamat bertudung, walaupun tudung CTU itu adalah satu permulaan. Tahniah pelajarku..

(Terserempak dengan Hanis Z bertudung, nampak anggun..)