Monday, January 25, 2010

KEMANGKATAN SULTAN JOHOR

Jumaat lalu, Sultan Iskandar Ibn Almarhum Sultan Ismail, Sultan negeri Johor dan jajahan takluknya pergi buat selamanya, mangkat meninggalkan alam fana ini. Hampir 3 dekat menerajui kepimpinan Johor, terkenal dengan sifatnya yang 'garang' hingga digeruni sesiapa sahaja, namun berjiwa rakyat dan terlalu unik dengan kedudukannya sebagai sultan berdaulat. Kita rakamkan kalungan TAKZIAH kepada sultan yang dikasihi, yang selalu dibacakan doa untuknya pada setiap khutbah Jumaat.

Surau Al-Muhajirin mengadakan solat jenazah ghaib selain bertahlil tujuh malam berturut-turut. Suasana berkabung meliputi persekitaran Johor, dengan lelaki bersongkok hitam berbelit putih, perempuan bertudung putih seragam.

Pagi ini apabila masuk ke kelas, terasa seperti masuk Sekolah Menengah Agama Jementah.. nampak seragam pelajar perempuannya, walaupun tidak ramai pelajar lelaki bersongkok hitam berbelang putih. Cantik.

Saya mulakan kelas dengan hadiahkan al-fatihah diniatkan juga kepada Al-Marhum Sultan.

(Program Modul hari Sabtu dan Ahad ditangguhkan, Mesyuarat PIBG Sek Men Seri Kenangan juga ditangguhkan, selain aktiviti sukan sekolah banyak yang ditunda.