Thursday, February 25, 2010

GST: BEBAN TETAP BEBAN, BIARPUN ADA BAIKNYA

Goods and Sevirce Tax (GST) bakal diperkenalkan oleh kerajaan sebagai jalan untuk menjana pendapatan perbelanjaan yang semakin meningkat. GST akan lebih luas dan meluas dikenakan ke atas barangan terpilih, yang belum dipastikan mekanisme pengenaannya kepada pengguna (rakyat).

Harapan rakyat yang utama dan pertama ialah pengenaan cukai spt ini tidak membebankan pengguna, biarpun cukai itu sebenarnya tetap membebankan juga. Biarpun GST diperkenalkan pada 4 % yang lebih rendah daripada 5 % sales and service tax (SST), namun pengawalan ke atas pengeluar dan peruncit amatlah perlu agar pihak berkenaan tidak hanya mengaut keuntungan besar atas alasan GST.

Seperkara lagi yang menjadi cabaran GST ialah kekangan di kalangan masyarakat Melayu yang rata-ratanya adalah pengguna. Pengeluar dan peniaga masih berada dan bertahta di tangan bangsa lain, yang tentu pengguna akhir (orang Melayu) akan tertimpa beban yang bertindan tindih.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, GST memungkinkan kerajaan menjada pendapatan sehingga 1 billon. Jika begitu, amat baik kepada kerajaan, cumanya diharapkan kerajaan juga mampu mengawal barangan di pasaran seiring dengan keupayaan mereka mencerna sesuatu yang baru... anak baru; GST (by April 2011, barngkali).

Dari segi ekonomi kerajaan, sememangnya GST adalah jaminan pendapatan kerajaan yang meliputi semua pengguna (tidak kira pembayar cukai atau tidak, asalkan mereka adalah pengguna) yang berterusan tanpa mengira kedudukan (dan prestasi) ekonomi semasa. Lebih-lebih lagi kadar defisit kewangan kerajaan saban tahun terus meningkat; dan sebenarnya soal KETIRISAN adalah isu yang terlebih penting dan utama perlu dijaga.

Soal KETIRISAN dan penyelewengan peruntukan kerajaan seharusnya menjadi agenda dan KPI kepada kepimpinan 1Malaysia hari ini. Makanya, GST dan 1Malaysia adalah KPI baru DS Najib; dan semoga ia tidak dipergunakan oleh pihak lain untuk meraih undi.

(Antara intipati perbincangan dalam Wacana Akademia yang diadakan 24 Feb lalu)

No comments: