Wednesday, March 3, 2010

SAMBUTAN MAULID DI UiTM JOHOR

Sambutan Maulid tahun ini di UiTM Johor bermula. Hari ini diadakan pertandingan nasyid antara jabatan, esok tilawah al-Quran dan lusa (Jumaat) perarakan dan ceramah Maulid di DST. Walau agak sibuk dengan tugas hakiki, masih ada tujuh jabatan menghantar wakil pertandingan nasyid.

Nasyid biasanya punyai skima tersendiri, lenggok badan yang kaku dan ayunan tangan terhad diiringi kompang dan alatan muzik tertentu. Kadang kala kita terperangkap dengan skema seperti ini, sedangkan mesej nasyid yang utama ialah untuk berhibur dan berdakwah. Berhibur kerana hiburan sebahagaian daripada budaya Islam dan berdakwah adalah tugas hakiki seorang muslim.

Saya dilantik sebagai juri sedaya mungkin melihat kepelbagaian dan kreativiti antara elemen penting dalam penyampaian nasyid. Ternyata nasyid masih berupaya menjelmakan sesuatu ruh 'keagamaan' dan ketundukan manusia kepada Allah. Nasyid mampu menjinakkan hati-hati manusia sejenak beriman kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Malah nasyid mampu mendekatkan hati sesama insan, paling tidakpun dalam sesama pasukan mereka.

Tahniah kepada CITU dan UiTM yang menganjurjayakan sambutan Maulid kali ini.

Jumaat ini, datang beramai-ramai kita berarak dan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Ismail Mat Ali dari Johor Corporation. (9.00 pagi)

1 comment:

Yusrika Bahar said...

Salam.
Ustaz jangan lupa ke blog saya. Ada info terbaru berkenaan dengan Karya saya yang akan dipentaskan pada 11-14Mac 2010 dan juga 19hb Mac 2010. Harap Ustaz dapat memberikan sokongan. http://yusrikabinbahar.blogspot.com