Thursday, February 11, 2010

KALIMAH 'ALLAH': MEMULIAKAN ATAU MEMUDARATKAN AGAMA?

Wacana Akademia 2010 telah bermula dengan siri pertama berkisar tentang isu kalimah Allah dipanelbicarakan Ustaz Kamarulzaman dan Pn Noraini Ismail. Hujahan Puan Noraini berpandukan prosiding mahkamah jelas memperlihatkan hujahan mereka yang benar dan tepat; 22 hujah yang tidak boleh disangkal lagi oleh siapapun hakimnya.

Sebaliknya hujahan pihak kerajaan dikatakan sekadar 'penafian' tanpa memperlihatkan ketelitian hujahan balas. Di sini nampak kelemahan kita dalam mempertahankan sesuatu.

Sebaliknya Ustaz Kamarulzaman membicarakan aspek pengistilahan 'Allah' yang tidak pernah wujud dalam tradisi agama Kristian. Kenapa tiba-tiba mereka mahu menggunakan kalimah ini, pada waktu ini, di negara ini?

Hujahan berdasarkan 'kebimbangan' sahaja tidak membuahkan apa-apa keputusan. Dalam pada itu, ia ada baiknya ketika isu ini bergelora, sedikit ruang kepada umat Islam untuk berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada masyarakat non-muslim. Kita pelik dalam keadaan umat Islam berkuasa di bumi ini, namun pertambahan penerimaan Islam kalangan non-muslim adalah rendah. Apakah kerana mereka takut dan fobia dengan gempuran 'Melayu itu Islam, Islam itu Melayu' yang sirasi dengan kehendak Perlembagaan Malaysia? Jika perkara ini menjadi pertimbangan, sewajarnya kita meruntuhkan beberapa benteng pemisah antara Melayu dan Islam; antara agama dan bangsa.

Namun kesimpulan Ustaz Kamarulzaman untuk 'menerima keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah' adalah suatu yang berprinsip, dan tidak terhalang oleh mana-mana pernyataan Perlembagaan mahupun intisari al-Quran. Itu hebatnya.

(Terima kasih kepada pembicara; Puan Noraini dan Us Kam, terima kasih kepada peserta yang ramai memenuhi bilik forum, esp Prof MKI dan Kak Zah, sekali lagi terima kasih kpd Kak Nor dan Us Kam yang membiayai sebahagian makan tengah hari pada majlis berkenaan)

1 comment:

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Sudah tiba masanya para ulamak kita memikirkan strategi yang paling ampuh untuk menarik semakin ramai orang di Malaysia untuk memeluk agama Islam.
Apa yang mengkhuatirkan dewasa ini kita umat Islam sendiri yang semakin jauh dari roh keislaman itu sendiri.