Thursday, February 4, 2010

RAMALAN MELAYU



Dari sudut pandangan Islam, tiada hari-hari tertentu menjadi baik atau buruk. Tiada pantang pada hari Senin atau Jumaat. Beberapa hadis melarangnya, melarang dari menentukan hari dan bulan itu baik atau buruk.

Pandangan yang sama pada orang Melayu; walaupun orang Melayu itu ada juga pantang larangnya. Orang Melayu (dulu-dulu) terutamanya berpantang sangat untuk mengadakan apa jua majlis pada bulan Muharram dan bulan ZulKaedah. Dua bulan itu tidak sesuai untuk majlis mahupun memulakan kerja (berkebun, membina rumah dll)

Dua tiga hari lalu saya sempat mendapatkan fakta ini daripada Tn Haji Ahmad bin Keromo di Kampung Kubu Dedap. Bersama-sama Asyida dan Fatin, kami bertandang ke rumahnya. Walaupun usianya 80 tahun, tapi masih kuat dan petah berbicara.

Kelebihannya ialah dia selalu bertahajud seawal pagi!!! (Kalah ustaz Nawawi)

No comments: