Monday, February 8, 2010

JUMAAT: TUGAS DAN AMANAH

Jumaat lalu (5 Feb) tiga program besar. Pagi sesi pertemuan dengan DS VC UiTM; Dato' Sahol Hamid. Mesejnya jelas untuk kembalikan UiTM peranannya untuk memberi peluang pendidikan seluasnya kepada pelajar Melayu. Penekanan pada P & P dan mempertahankan penyelidikan dan penulisan.

Sebelah petang, saya menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Kenangan. YDP-nya Hj Zainan tidak dapat hadir, terpaksalah saya mengemudikan majlis besar ini. Ir Azizan Dahari Jurutera Daerah Segamat sudi merasmikan majlis.. Apabila sesi pemilihan, tiada alasan untuk saya menolak jawatan YDP. Ya Allah, satu lagi tugas besar terpundak ke bahu hamba. Mesyuarat sedaya mungkin dihabiskan cepat; tamat jam 5.15 petang walaupun kebiasaannya jam 7 baru habis. Utamakan solat, itu mesej yang hendak disampaikan.. kalau lewat habis bermakna ramailah yang lewat dan melewatkan solat.

jam 6.30 seseorang menelefon meminta bantuan. Pelajar UTHM berprogram di Tebing Tinggi, tetapi ustaz ang dijanjikan tidak dapat hadir. Saya diminta menggantikan. Bidan terjun seperti ini tentunya lebih bermakna sebab kita memenuhi hajat orang yang amat-amat memerlukan. Saya penuhi undangan mereka. Siapkan sedikit power point motivasi, dan bahan itulah yang dibawa ke sana.

Walaupun hanya 30 peserta, tetapi semua pensyarah Mekanikal UTHM datang termasuklah Penolong Dekan Jaringan Industri fakulti. Saat manis untuk dikenang.

Penat, namun bersyukur dengan nikmat Allah.

No comments: