Monday, February 8, 2010

WACANA CITU; MAZHAB & GOTONG ROYONG PETRONAS

Awal pagi Sabtu, Atifi menghadiri latihan sukan sekolahnya di Batu Anam. Saya bersedia ke Sek Agama Buloh Kasap yang akan didatangi staf Petronas Gas Bhd Segamat bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Mereka menyempurnakan tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility)tahunan dan telah memilih SABK yang saya sebagai Pengerusi Badan Kebajikannnya (PIBG).

Seramai 45 staf mereka hadir, guru dan AJK Badan menjadikan 60 orang lebih mengecat, membersihkan longkang, kemas atur bilik darjah, menampal logo kelas baru, dan berbagai lagi. Sejak minggu sebelumnya lagi, kipas angin telah ditambah (dari 3 menjadi 4 pada setiap kelas),ubah tempat wuduk, sistem lampu automatik dan lain-lain projek. Kos keseluruhan mungkin melebihi RM10,000. Itulah rezeki yang kami dapat di SABK.

Syukur tidak terhingga atas sumbangan staf Petronas Gas Segamat kepada SABK. Pihak sekolah akhirnya meletakkan logo petronas di tempat wuduk baru sumbangan mereka. Moga ia menjadi kenangan abadi berpanjangan kepada murid dan staf SABK.

Pada masa yang sama CITU menganjurkan wacana intelektual tentang fiqg mazhabi yang dikemukakan Dr Zulkifly Muda dari UMT. Sempat sebentar saya membantu penyelesaikan beberapa urusan dan mengikuti ceramahnya. Ternyata orangnya bukan calang-calang untuk berhujah dan buah pemikiran fiqh semasa ternyata menyakinkan. Terima kasih kepada beliau dan tahniah kepada CITU yang berjaya mengendalikan majlis ini dengan sambutan pelajar yang luar biasa.

(PEtang ambil ubat Zaim yang demam kepanasan dan belikan baju kadet poilsnya)

5.00 petang mengikuti rombongan bas - Shida- ke Katerina Hotel, Batu Pahat menghadiri majlis persaraan Pn Hajah Zainab Ismail, Pengetua SMKSK, dan sampai ke rumah sekitar 1 pagi. Tugas-tugas YDP yang baru, bermula.....

No comments: