Wednesday, March 17, 2010

DESTINI ANAK DESA: TAWARAN KE UiTM

SEORANG STAF, SEORANG PELAJAR UNTUK PROGRAM DESTINI ANAK DESA

Hasil dari Mini Forum Wacana Akademia - menterjemah Amanat Dato' VC yang diadakan pada 10 Mac 2010 yang lepas, Mantan Pengarah UiTM Johor Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim mencadangkan agar seorang staf UiTM Johor mencari seorang atau lebih pelajar miskin yang layak mengikuti program Destini Anak Desa seterusnya boleh ditawarkan meneruskan pengajian dalam bidang Pra Perdagangan di UiTM Johor. Oleh itu diharapkan bantuan dan kerjasama pihak tuan/puan merealisasikan KPI 500 orang pelajar miskin untuk program Destini Anak Desa di UiTM Johor pada semester Julai - November 2010.

Syarat-syarat untuk Program Destini Anak Desa ini ialah:

Pra Perdagangan - PD003 (Ditawarkan di UiTM Johor semester Julai - November 2010)

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik
Kredit - 3 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengursan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

Pra Sains - PD008

4 subjek mesti kredit.

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Kredit - Matematik (Wajib bagi Pra Sains)
Lulus - Bahasa Inggeris
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajiannya di UiTM, boleh saya bantu.. bantu bagi borang..

4 comments:

HidupUntukDinikmati said...

Tuan, saya ingin memohon bagi Program Destini Anak Desa. Tapi bagaimana kah prosedurnya?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

kalau di UiTM Segamat, boleh saya bagi borangnya... ataupun boleh call sy utk keterangan lanjut.. 0137759965

Cikgu Ma said...

salam Tuan
saya ingin link kan entry tuan yang ini di blog saya,boleh tak?tq dan tahniah UITM.
program seumpama ini moga2 mmberi motivasi kpd pelajar felda juga, khususnya pelajar lelaki...

Anonymous said...

askm en ahmad nawawi, saya berminat untuk memesuki uitm segamat dalam kos pra perdagangan... setelah diteliti.. syarat kemasukan memang boleh diterima.. oleh itu,saya berharap agar tuan dapat memberi borang kpda saya..