Tuesday, March 23, 2010

DUA BERITA DI MALAYSIA UTK TATAPAN 1MALAYSIA

Dua berita besar untuk tatapan semua; BUANG BAYI dan ANAK LUAR NIKAH..

1. Apa dosa bayi ini?
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
bhnews@bharian.com.my
2010/03/22

BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh di sini, petang kelmarin.

Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.



2. KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. (BM21 Mac 10)



Semasa saya berceramah di Kuala Paya semalam, ternyata peserta terlopong dengan data seperti ini. Mereka bertanya; salah siapakah ini?

Jawabnya; semua salah kerana semua patut berperanan baik bagi pihak kerajaan, pemimpin tertinggi dan terrendah... masyarakat, ibu bapa dan anak berkenaan. Soalnya, apa tindakan kita yang KITA usahakan, KITA lakukan utk mengatasi masalah seperti ini. Senang menunding jari ke kiri dan kanan, tetapi usaha kita tidak ke mana jika sekadar menjadikan topik ini untuk bualan di kedai kopi cuma.

No comments: