Thursday, March 25, 2010

KOMUNIKASI SOSIAL: SOCIAL COMMUNICATION

Komunikasi adalah segala-galanya. Ia bermulanya kisah Adam dan Hawa, kisah tamadun yang hendak diolah dan dibangun manusia. Komunikasi menjadi punca terbina sebuah bahagia dan punca sebuah derita.

Ketika ditanya si Syuhada dan Husna tentang halangan komunikasi dalam organisasi, saya terlintas soal sikap sebagai faktor utama. Keterbukaan menjadi elemen utama berjaya atau gagal organisasi, terutamanya ketika berkomunikasi. Kelemahan ketara berlaku apabila individu mementingkan kedudukan diri berbanding kehendak organisasi yang hendak dicapai, menyerongkan kepentingan peribadi daripada kehendak organisasi.

Seperkara lagi ialah wujudnya perbezaan antara staf; ada yang terlalu perfect dan ada pula sebaliknya. Situasi ini menambahkan keperitan luka dalam pengurusan organisasi; sementelah yang percect tidak terbuka untuk menerima sedikit kekurangan orang yang sebaliknya; begitulah sebaliknya juga.

Komunikasi menjadi perkra penting dalam sosialisasi sesebuah masyarakat dan organisasi. Biarpun ada orang yang mahir dalam komunikasi interpersonal, ada pula yang mahir dalam komunikasi berbentuk tulisan (penulis dan menulis) namun gandingan kedua-duanya amat perlu untuk menentukan kejayaan peribadi dan organisasi. Percayalah.

Oleh itu, komunikasi interpersonal perlu digilap sebaiknya tanpa ada niat menunjukkan keegoan (kerana kita sendiri tahu kita ini riak atau tidak, spt tazkirah Prof disampaikan baru-baru ini), kerana ia menjadi penentu keupayaan diri. Perkara ini semacam menghambat (dan mengekang) kalangan pelajar dan remaja hari ini. Seharusnya mereka upaya mampu ke hadapan dan mampu mempamerkan keperibadian syumul seperti dikehendaki agama dan massa.

(Terpesona dengan hujahan Sdr Mohamad Azreen, YDP MPP semasa Wacana Akademia tentang Facebook, Rabu lalu). Kita mampu dan kita mampu memperkemaskan komunikasi sosial kita untuk terus berjaya..

No comments: