Thursday, March 4, 2010

EL-SURAYA - SELIMUT PUTIH

SELIMUT PUTIH

BILA IZRAEL DATANG MEMANGGIL
JASAD TERBUJUR DI PEMBARINGAN
SELURUH TUBUH AKAN MENGGIGIL
TERKUJUR BADAN DAN KEDINGINAN

TAK ADA LAGI GUNA HARTA
KAWAN KARIB SANAK SAUDARA
JIKALAH ADA AMAL DI DUNIA
ITULAH HANYA PEMBELA KITA

JANGANLAH MAHU DISANJUNG-SANJUNG
ENGKAU DIGELAR MANUSIA AGUNG
SEDARLAH DIRI TAHU DIUNTUNG
SEBELUM MASA KERANDA DIUSUNG

DATANG MASANYA INSAFLAH DIRI
SELIMUT PUTIH PEMBALUT BADAN
TINGGAL SEMUA YANG DIKASIHI
BERBAKTILAH HIDUP SEPANJANG ZAMAN

4 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Lagu yang pernah diharamkan oleh RTM suatu masa yang lampau. Tak tahu sekarang dah halal ke belum. Itu pun atas komen salah seorang ulama kemudian di sokong oleh ahli politik dan di bincangkan di Parlimen. Bermula dari itu, lagu ini mula menyepi.

Dah 2 bulan Ustas tidak menyenggah ke www.suraualmuhajirin.blogspot.com

Anonymous said...

salam ustaz,

yunosh said...

Salam Ustaz,

Lagu yang memberikan banyak pengajaran tentang kematian. Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak dalam menghadapi kehidupan. Pada tahun 90 an ada seorang uztaz menyanyikan lagu ini selepas ceramah, cukup sebulan ia pun kembali kerahmatullah. itulah peringatan kepada yang hidup, wassalam

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Terima kasih atas serpond teman-teman. lagu yang punyai mesej seperti ini seharusnya dirakam semula oleh penyanyi masa kini, saya kira amat menarik kalau Siti Nurhaliza yagn mengambil peranan.. satu detik keinsafan, bisa merubah persepsi diri..