Thursday, March 4, 2010

OMAR ZAKI BIN DIRAN

Dia adalah rakan yang dikenal di surau al-Muhajirin Taman Yayasan, bertugas di Petronas Gas. Orangnya cukup pendiam tetapi banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya. Dia adalah pengasas laman web lagu-lagu jaki-online yang suatu ketika dahulu cukup popular dengan kompilasi lagu lama yang agak lengkap.

Dua tiga hari lalu, saya berusaha mendapatkan beberapa lagu koleksi El-Suraya Medan, dan ternyata sepatah sahaja pertanyaan saya, dia terus mengatakan ADA. Ternyata koleksi El-Suraya masih berbekas dan wujud untuk dihayati.. Dan sayapun mendapat koleksi El-Suraya, Noraisyah Jamil, Al-Mizan dan lain-lain nasyid lama.. Sedap dan meriah..

Antara lagu El-Suraya ialah Petua Orang Tua; seperti madah berikut;

PETUA ORANG TUA

Bila diri ingin dikenang
Semailah benih di tengah sawah
Bawalah ilmu padi di ladang
Tambah berisi tunduk ke bawah

Bila diri ingin terpandang
Jauhi kata tinggi melambung
Jauhi sifat ayam di kandang
Bertelur satu ribut sekampung

Jauhi sifat mengaku pandai
Angkuh dan sombong menepuk dada
Ingatlah tuan penyu di pantai
Telur beratus namun tak endah

Bila ingin harum bak mawar
Jauhi sifat meninggi diri
Bisa ular tidakkan tawar
Walau menyulur batang berduri

1 comment:

Abdul Ghani Bin Rahmat said...

Syair yang baik untuk di jadikan tauladan. Komen saya;

Pada rangkap kedua saya tidak jelas kenapa reban ditukar kepada kandang.

Pada rangkap akhir, Bias mungkin bisa walau bagaimana orang tua-tua mengunakan perkataan akar bukannya batang. Saya berpendapat bahawa akar jauh lebih berkesan dari batang. Akar paling bawah dan banyak likunya.

Menyulur menunjukkan tidak bergerak, menyusur menunjukkan pergerakkan yang amat sukar.

Maaf, saya bukan ahli bahasa. Sekadar pandangan. Terima kasih.