Thursday, April 22, 2010

BUKU TRAVELOG CINTA ABADI- ROZA ROSLAN

Dua hari lalu,saya terasa amat bertuah apabila dihadiahi buku Travelog Cinta Abadi oleh penulisnya sendiri, Puan Raudzah Roslan. Sejak awal promosi buku berkenaan akan terbit, saya telah menempahnya untuk bacaan lebih-lebih lagi teruja dengan kulit buku malar segar kuntuman ros merah yang melunakkan hati.

Membaca buku ini sukar hendak berhenti. Jika tidak terkenangkan 'assesment pelajar' dan final exam yang mendatang, rasanya mahu ditamatkan segera. Apabila Shida menatap buku berkenaan, dia juga terleka. Biarkan.

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Puan Raudzah yang berjaya memaparkan coretan pengalaman dalam bentuk kisah-kisah pendek bermakna buat pembaca. Seorang lagi penulis telah lahir hari ini.. Seorang lagi penulis berbakat besar dari ketulusannya membuahkan suatu yang bermanfaat untuk semua.

Rasanya tidak rugi kita buat program UPENA dahulu di Muar dengan Nisah Haron, Hj Shafiei dan rakan-rakan lain, yang terbukti menghasilkan penulis seperti ini.

No comments: