Friday, April 16, 2010

AIN BASHIRAH

"Al-kisah seorang hamba Allah itu sedang menunggu kelahiran anaknya. Anaknya kali ini mungkin yang pengabisan, wallahuaklam-lah. Maka si hamba Allah inipun seperti selalu, dia buka al-Quran dan dia terus baca muka surat pertama dijumpainya. Dalam hatinya berdoa kepada Allah, Ya Allah aku nak bagi nama kat anak aku ni, aku tak tahu nak bagi nama apa...

Apabila dibacakan ayat berkenaan, terang-terang Allah tunjukkan kepadanya kisah orang kafir Quraish dahulu kala; yang apabila dikhabarkan mendapat anak perempuan, maka berubahlah wajahnya menjadi hitam, hitam yang penuh benci. Sedangkan semua itu adalah anugerah Allah..

Maka si hamba Allah itupun terfikir-fikir maksud ayat yang dibaca, diulang dan diulang lagi dan mendapat ilham dari apa yang Allah tujukkan.. Tercetuslah pada hamba Allah tadi untuk menamakan anaknya; jika perempuan, Ain Bashirah.

Itulah gayanya dia mencari nama bagi si anak yang akan lahir nanti"

Kisah ini menarik perhatian saya. Menarik kerana berbagai cara orang mencarikan nama yang baik kepada anak yang dilahirkan. Ada yang membeli buku panduan nama-nama anak, ada pula yang bertanyakan orang tua, dan tidak kurang pula yang mengolah nama bapa dan emak dirangkumkan menjadi nama anak... MAZDA lahir dari Maznah dan Daud; PROTON lahir dari Profesor dan halimaTON (maaf, gurau je), KEMBARA lahir dari Kamariah dan Bakar... dan seterusnya..

He he

No comments: