Wednesday, April 14, 2010

IT'S HAPPENED




Malang dan kemalangan berlaku di mana-mana, hatta pada jalan yang aman damai yang tak banyak kenderaan sekalipun. Foto ini berlaku petang kelmarin (13/4/2010)sewaktu pulang dari pejabat (5.20 PM) melihatkan pokok tumbang dirempuh Gen-2. Saya kira kenderaan pelajar ini tidaklah terlalu laju, kerana ia baru sahaja memasuki kawasan UiTM sebelum melanggar dan terlanggar pokok.. Puncanya? wallahuaklam.. (handphone ke puncanya, tidaklah kita tahu..)

Semalam juga Shida maklumkan suami rakan setugasnya melanggar orang yang menyeberangi jalan dan membawa maut! Berlakunya pada tempat yang tidak terduga. Tengah bandar Segamat!

* Selalu saya ingatkan diri sendiri supaya berdoa, berzikir dan memberi salam kepada semua makhluk di pinggiran jalan.. semoga pemanduan saya selamat...)

No comments: