Monday, April 26, 2010

TAHNIAH BN DI HULU SELANGOR

BN kembali merampas Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil semalam. Tahniah BN dan tahniah kepada YB baru; Kamalanathan; orang baru yang bersemangat dan berjaya mendekati rakyat. Namun dalam pada itu, jumlah undi BN tidaklah begitu memberangsangkan. Undi PKR bertambah;

* 2008 : 23,177
* 2010 : 23,272

Maknanya undi rosak (Melayu) telah kembali kepada BN. Undi yang hilang (bukan Melayu) masih ke Pembangkang.

Tidak dinafikan pengundi Melayu pada mulanya kecewa dengan pemilihan calon MIC di kawasan majoriti Melayu (54%), namun orang Melayu manusia yang amat mudah dilembutkan hati mereka dengan kewibawaan dan kepandaian Kamalanathan berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Itu sudah cukup untuk memancing orang Melayu. Itu saja.

"Kalau kita memejamkan mata dan hanya mendengar beliau berucap, kita menyangka dia seorang Melayu kerana bahasa Melayunya sangat fasih dan berkualiti. Orang Melayu mudah dilembutkan hatinya." (Kadir Jasin)

Soalnya, apa untungnya kepada umat Melayu hasil pilihanraya ini? Kita untung sorak dan untuk seronok sedangkan orang lain untung untuk survive seribu tahun lagi. Kuil yang dahulunya haram, telah menjadi halal; (bagus juga daripada tidak terkawal langsung), sekolah cina mendapat peruntukan 3 juta ringgit untuk mereka terus survive berkuasa di mana sahaja mereka berada, sedangkan orang Melayu digula-gulakan dengan RM500 lebih kurang, dan akhirnya duit itu jatuh juga ke tangan peniaga Cina. Duit di poket Melayu hanya hangus dalam sehari dua, duit ke poket orang lain adalah untuk kelangsungan hidup mereka.

"Jika 12 Cina sakit buah pinggang dapat 4 mesin cuci buah pinggang maka apa salahnya buat satu hospital untuk 15 ribu warga Felda Melayu."

Dalam apa jua keadaan, kita nampak semakin tertekannya bangsa Melayu sendiri. Tertekan dengan kuasa ekonomi dan politik yang telah diperkotakkatikkan oleh bangsa lain. Pihak sana, tidak kira siapa, mereka tetap akan dapat habuannya, habuan yang banyak dan berlebihan; sedangkan bangsa kita mengalah dan beralah oleh tekanan demi tekanan.

Pernah suatu ketika di Sabah dahulu, semasa berkempen di sekolah cina, seorang menteri mengumumkan 6 juta peruntukan kepada sekolah cina. Keesokan harinya menteri berkenaan akan datang ke sekolah Melayu (SMK), kita berharaplah juga pengumuman 2 - 3juta kepada sekolah Melayu, namun tiada sekupangpun disebut. Kita hanya dapat air liur dan kos meraikan pemimpin berkenaan juga terpaksa ditanggung pihak sekolah... tidak berbalik modal.

Fuh, keluh kesah bangsaku sukar dimengerti. Antara mentimun dan durian; antara emak dan bapa.

4 comments:

Anonymous said...

Ustaz,

Marah nampaknya...?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Untuk servival bangsa Melayu, kita perlu bersuara. Kita menjaga orang lain, terbukti mereka tidakpun memberi sokongan kpd kita..

Anonymous said...

Emak 3x...Baru ayah!
Ayah jangan marah!
Itu kata Allah
Masya Allah...


~Intan~

Anonymous said...

STOP!!! Asyik ngan Melayu, Melayu Melayu, inilah orang Melayu, takkan tak baca Sejarah Kesultanan Melayu, sape yang gadai tanah Melayu, sape yang zalimi orang Melayu...????? Kembalilah kepada Al-Quran & Sunnah, berjuanglah kerana Islam, insyaAllah Melayu tu pasti terbela kerana Melayu tu pon kebanyakannya Islam... Tengok jugalah perjuangan bangsa kat Indon, jadi hebat sangat ke org Indon bila kuasa politik khasnya dorang pegang 100%... Hmmmm... insyaAllah tukar sikit ye drpd Melayu kpd Islam, insyaAllah bukan aje Melayu, malahan lain bangsa pon akan terbela...