Thursday, May 13, 2010

PILIHANRAYA ADALAH TEMPAT MELABUR

Pilihanraya Kecil adalah satu rahmat kepada penduduk setempat. Banyak peruntukan disalurkan semasa PRK berjalan dan ramai pak menteri dan orang besar datang melawat. Yang tiada kerusi roda, akan mendapat kerusi roda, yang tiada rumah akan mendapat rumah, yang tiada jalan akan mendapat jalan.

Dan yang lebih hebat di Sibu, PM kita telah memperuntukkan 18 juta kepada sekolah-sekolah Cina di sana. Hebat sungguh. Manakala 6.6 juta diperuntukkan untuk orang Melayu/ Islam termasuklah membina dua buah masjid.

Itu peruntukan semerta yang terpaksa dikeluarkan untuk memastikan kemenangan PRK kelak. Beginilah tradisi kita. Tradisi memberi sesuatu untuk mendapat sesuatu habuan. Ia bukanlah rasuah, tetapi perlakuannya seperti rasuah sahaja.

Memberi itu amat baik dan dituntut oleh agama, apatah lagi kerajaan yang memerintah wajiblah memberikan keperluan dan bantuan kepada rakyat secara adil dan saksama. Adalah lebih baik, memberi dengan tanagn terbuka bukan sekadar memancing undi di peti undi semata.

Selamat mengundi kepada pengundi di SIBU.

3 comments:

Anonymous said...

alah bisa tegal biasa, org kita memang tak sedar diri..dari dulu dok makan ampu sana ampu sini, tapi tak dapat pa pastu...kita juga yg tertindas di bawah

fahrong amut said...

rasuah sume tuh..time pilihanraye je ade batang idong

Anonymous said...

Desperado!!! Cina India dah nampak doh, apehal orang Melayu ni hah, Ada tak sesape buat kajian tulus mulus, yang si cina ngan india ni tak mangkoh BN ni pasal appe? dorang nak rebut sangat jawatan atau nak rampas hak Melayu ke atau dorang dah meluat ngan BN dgn byk isu spt rasuah, membazir, macam-macam lagi la... yang ramai tau la... Allah Maha Tahu.....