Friday, July 9, 2010

BIASISWA ADALAH HAK MELAYU/BUMIPUTERA

Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang hak keistimewaan pelajaran termasuklah biasiswa menjadi keutamaan kepada bangsa Melayu, sebagai bangsa utama dalma negara. Kenyataannya mendapati ia semakin terhakis dan dihakis oleh kepentingan tertentu. Jumlah penerima biasiswa JPA ke luar negara tahun ini (2010) untuk pelajar di semenanjung adalah seperti berikut:

1) Melayu = 738
2) Cina = 603
3) India = 161
4) Lain2 = 18

Data ini menjelaskan pemilikan biasiswa dikuasai oleh pihak lain melebihi hak orang Melayu sendiri. Namun mereka masih tidak berpuas hati. Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock, berkata tawaran biasiswa seharusnya mengambil kira merit termasuk kegiatan kokurikulum pelajar, bukan berdasarkan kuota atau hak istimewa Bumiputera". "Beliau yang tidak berpuas hati dengan pengagihan tajaan biasiswa itu, berkata pelajar Melayu mempunyai banyak saluran lain untuk mendapatkan tajaan biasiswa berbanding pelajar Cina".

Itulah kenyataannya.

Seorang rakan saya di MMU mengulas hal ini;

"Telah jelas bahawa golongan Melayu masih miskin di negara sendiri. Kaum bukan Melayu masih menguasai lebih 80% ekonomi Malaysia. Lihatlah di seluruh pusat pengajian tinggi swasta, semuanya didominasi oleh mereka dengan tajaan sendiri. Di MMU sendiri (21,000 pelajar), bilangan Melayu hanya sekitar 30%. Itupun majoritinya belajar dengan pinjaman PTPN, sedikit shj yang menerima biasiswa telekom dll. Adalah 2 atau 3orang pelajar Melayu yang kaya belajar dengan tajaan sendiri.

Begitu juga di Kolej perubatan manipal (saya pernah mengajar di situ), Pelajar Melayu adalah terlalu minoriti. Kebanyakan mereka (melayu) adalah pelajar tajaan. Majoriti pelajar Manipal adalah pelajar non-muslim dengan jenis kereta yang hebat-hebat belaka. Mereka belajar dengan tajaan sendiri.Apalagi di Kolej Univ Lim Kok Wing, Sunway College, UTAR dll.

Lihatlah pelajar Malaysia di luar negera (Eropah, USA, Australia, majoritinya adalah non-muslim dengan tajaan sendiri. Yang minoriti muslim kebanyakannya adalah pelajar tajaan. Yang belajar dengan tajaan sendiri sedikit sahaja.

Jika ada pelajar Cina yg tidak mampu (miskin), sebenarnya banyak jalan untuk mereka mendapat bantuan daripada foundation mereka yg kaya raya. Bahkan di Melaka, ada pelajar cina yg tak dapat bantuan mendapat tajaan daripada kerajaan Singapura. Banyak lagi kalau nak cerita.

So, kita tak boleh lurus bendul dengan hujah mereka. Untuk pelajar Melayu, dia kata banyak lagi cara lain untuk dapatkan bantuan. Sedangkan mereka juga mempunyai banyak cara lain untuk dapatkan bantuan, tetapi dia diam. Bab ini lebih menarik jika dibincang sambil pekena teh tarik kat kedai mamak."

1 comment:

suhaisweet said...

Dropping here..Very nice friend..My special for u.. Check it Out!