Monday, July 12, 2010

TEATER TANAH LINDUNGAN TUHAN

Dewan Seri Temenggung UiTM Johor penuh sesak dengan hadirin - pelajar - untuk menyaksikan persembahan. Beberapa AJK PPJ Segamat turut hadir; Puan Hj Kadariah, termasuk. Staf tidak ramai yang kelihatan. Urusan sendiri, tentunya.

Persembahan berjalan lancar. Sistem suara nampak baik dan pencahayaan terkawal.

Tepukan gemuruh diberikan kepada semua barisan pelakon dan krew terlibat, terutamanya Puan Rahimah Muda sebagai penggerak utama. Kehadiran Pengarah DBP Wilayah Selatan, Puan Hajah Nor Hashimah Bt Ali dan Sdr Rushdi Abd Rahman (DBP) memberi suntikan semangat kepada penggiat teater dan kami yang menontonnya.

Dan saya sekadar mempengerusikan majlis berkenaan.

Sekalung tahniah kepada semua, terutamanya Sdr Ainol yang berjaya menggembleng tenaga dengan Persatuan Bahasa Mandarin untuk merealisasikan teater ini. Pelakonnya juga hebat dengan watak Wan Abu Bakar (Zamri Pangat) dan Hana (Nurulein Md Ramly) seabgai watak utama. Ternyata ramai yang mahu persembahan seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Teater juga mampu membina jati diri bangsa.. memupuk kesedaran ummah, walaupun masih ada ruang yang boleh dibantu.

3 comments:

Yusrika Bahar said...

Salam
Martabatkan teater tanahair.
TAHNIAH!

Hari Puisi & Lagu : Esok Siapa Kita? & Nota Untuk Israel
Date: Sunday, July 18, 2010
Time: 2:30pm - 7:00pm
Location: Lorong Seni, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Street: Persiaran Perdana

Description .Hari Puisi & Lagu : Esok Siapa Kita & Nota Untuk Israel

Hari Puisi & Lagu adalah anjuran Kaki Teater Muda Putrajaya dengan kerjasama YOUTH. Acara ini adalah hari untuk memberikan peluang kepada para pencinta seni untuk mempamerkan bakat masingmasing secara positif.

Anda boleh mempamerkan bakat dan kreativiti anda melalui Puisi, Lagu, Fine Arts, Produk Bertulis, Seni Visual dan apa sahaja berkaitan dengan seni serta atas dasar seni. Mahu berjualan juga amat dialu-alukan.

Selain itu, acara ini juga bertujuan untuk menzahirkan rasa amarah, geram, kutukan, makian terhadap Israel diatas kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.

Anda boleh berhubung dengan :

Yousef 'Bob' Kaki Teater Muda Putrajaya : 017-3060543
Rustam Kaki Teater Muda Putrajaya : 017-3476740
Zulhabri Supian "Frinjan" : 019-3083804
Aloy Paradoks : 012-6293327
Irsyad Pixel : 017-7996169
Irwan Rizal YOUTH : 012-2390079

Ilham Ainol said...

Salam jengah ustaz,
Syukur Tuhan kerna meluruskan jalan penganjuran teater TLT,meskipun halangan demi halangan terbentang. Namun berkat usaha yang tidak mengenal jerih,doa yang dipanjarkan selalu kepada-Nya serta dukungan padu ahli PBM,UPENA Johor dan warga UiTM Johor dan kerabat PPJ Segamat dalam usaha murni ini. Makanya ia dianjurkan dengan penuh gemilang dan sempurna sekali. Terima kasih atas sokongan dan doa ustaz. Ustaz HEBAT sekali jadi MC...

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Saya tak berkesempatan melayan tetamu kita sebaiknya.. banyak pula meeting dan program pd sesi latihan mereka.. mohon dimaafi.