Saturday, August 28, 2010

SYUKUR PADA KEJAYAAN IID 2010

Dua produk yang saya pertandingkan dalam IID 2010 UiTM Johor mendapat pingat emas. Syukur Alhamdulillah. Tidak pernah terduga untuk mendapat penghargaan sedemikian rupa, walaupun produk "Kit untuk Pensyarah Baru' saya jangkakan mendapat emas. Idea ini timbul semasa saya berbual dengan Puan Rohani Jangga dalam van semasa pulang dari Shah Alam, suatu ketika dulu. Dan Kak Ani bersungguh-sungguh mahu menjadikan ia suatu realiti dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Puan Jaja untuk menyiapkannya.

Untuk produk 'Pengajaran di masjid' saya sekadar mencuba nasib bersama rakan-rakan CITU; Ustaz Sidek, Us Zainuddin dan Ustaz Md Saufi. Saya kira; kalau ia menang adalah luar biasa, tapi kalau kalah itu perkara biasa. Mungkin kerana ia lengkap dengan kajian dan pernah dibentangkan pada seminar lalu, menjadikan ia terpilih sebegitu... Syukur Alhamdulillah.

Dan yang lebih teruja apabila diumumkan saya sebagai pemenang Anugerah Prolifik Individu IID 2010 tajaan Bank Islam Malaysia Bhd. Tergamam saya dibuatnya. Tentunya saya tidak layak dan tidak mengharapkan ganjaran seperti ini. Kerana yang penting ialah kita lakukan sesuatu, memberi sumbangan dan menggunakan ruang yang ada untuk agama dan kemaslahatan ummah.. itu yang lebih utama.

Bak kata Prof Dr Abu Bakar (PNC Penyelidikan UiTM), barangkali aktiviti seperti ini -inovasi dan rekacipta menjadi amalan ulama Islam dahulu kala pada bulan Ramadan yang mulia. Hanya Allah yang membalas jasa bakti kita.. kita harapkan reda-Nya jua.

3 comments: