Saturday, August 28, 2010

PERKIM: SUMBANGAN ANAK-ANAK MISKIN DI KAMPUNG JAWA

Aktiviti pertama PERKIM Daerah Segamat! Prof Dr Muhd Kamil mencadangkan program ini dijalankan oleh PERKIM. Prof berusaha mendapatkan dana daripada kenalannya, dan mencari anak-anak yatim dan miskin dari Sekolah Agama Kampung Jawa. Seramai 30 orang anak-anak sekolah kami bawa ke Kedai Kasut Bata dan membelikan mereka sepasang kasut dan stokin..

Seronok melihat anak-anak ini gembira mendapat kasut raya, kasut baru. Ada yang takut-taku hendak memilih kasut yang agak mahal.. Saya cakap, ambil sahaja.. cantik dan sesuai dijadikan kasut raya @ kasut sukan sekaligus.

Tahniah Prof, Puan Roza dan para guru yang membantu. Saya pesan kepada anak-anak; ingat kasut ingat Allah.. Ada juga yang kata, ingat kasut ingat Prof... he he..

No comments: