Friday, September 3, 2010

ANAK-ANAKKU SUDAH PANDAI BACA QURAN




1 - 2 September kami adakan program tadarus rakan muda di Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan, acara tradisi sejak berapa tahun lalu. 43 anak remaja terlibat dan kami hadiahkan duit raya RM5 seorang kepada semua peserta sebagai galakan.

Kali ini saya rasa satu keajaiban. Tahun-tahun lepas anak-anak ini tidak pandai baca al-Quran, jika bacapun sekadar mengeja dan merangkak-rangkak. Namun kali ini nampak ketara perubahan mereka. Mereka agak pandai membaca, malah ada yang lancar bacaannya. Hinggakan saya jadi tertarik dengan surah Nun yang dibacakan semalam.

Bahagianya melihat keupayaan mereka membaca al-Quran. Biarpun programnya tidaklah besar, sekadar mengisi masa senggang, dan tidaklah pula kami menghabiskan satu al-Quran; sekadar membaca juzuk 30 dan juzuk 29 sahaja (Satu juzuk satu hari bagi semua kumpulan) namun kesediaan mereka mengambil bahagian memberi semangat kepada kita.

Kelihatannya saya bermain-main ketika memeluk anak-anak bersalaman, tetapi sebenarnya saya sebak menahan air mata menyayangi dan menghargai penglibatan dan komitmen mereka. Terima kasih kepada yang membantu.

No comments: