Saturday, September 4, 2010

MERAIKAN SAUDARA KITA - ORANG ASLI - DI KG KUDUNG





PEWANI menjadi orang tengah menganjurkan program ini. PERKIM dan SK Kg Kudung membantu dan terlebih besar Datuk Dr Nohd Zaini Ariff yang menjadi peyumbang utama bersama JAKEL TRADING. Seramai 33 keluarga mendapat sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian, dan mereka adalah saudara baru (muallaf) dari kawasan sekitar.

31 Julai lalu kami datang ke sini dan ini kali kedua kunjungan dan lawatan yang lebih bermakna. TUan Hj Omar Abdullah (dia enggan dipanggil 'ustaz') menyampaikan ceramah berkisar pengalamannya sendiri sebagai saudara baru. Dia terlalu rapat dengan arwah ibunya, walaupun ibunya bukannya seorang muslimah. Hakikatnya, dia tetap seorang ibu.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini, khasnya PEWANI dan Prof MKI yang berusaha mendapatkan tajaan dalam program ringkas di penghujung Ramadan. Sedikit pengalaman berharga ini hendaknya dikongsi rakan lain, dan dua anak saya; Afif dan Zaim turut sama hadir memerhati. Pandanglah anak-anakku dengan mata hatimu!

No comments: