Wednesday, September 22, 2010

JOM KITA PAKAT-PAKAT MASUK SYURGA..

Isu ini menarik. Bolehkah kita berpakat ramai-ramai masuk ke syurga? Bolehkah kita bergotong royong untuk masuk ke syurga Alah? Bukankah syurga itu milik Allah dan kita dihitung berpandukan aktiviti (amalan) peribadi?

Saya terfikir isu ini apabila selalunya kita bergotong royong (rewang) untuk menjayakan sesuatu majlis. Kita merewang kenduri kendara, majlis keramian dan aktiviti persatuan. Malah kerja dalam organisasi juga, kita bergotong royong sebenarnya.

Bagaimana pula kalau kita bergotong royong dan bahu mambahu untuk masuk ke syurga? Bolehkah begitu? TeNtunya boleh. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan bagi mendapat reda Allah.

Contohnya; dalam kelompok kita, ada seorang dua yang menjadi tukang kejut untuk bangun pagi bertahajud, ada pula yang selalu mendoakan kepada sahabatnya akan kebaikan itu dan ini, ada pula yang boleh menegur dan membimbing rakan-rakan yang kurang sempurna amalan dan ibadahnya, ada pula yang menjadi imam pada solat dan doa harian, ada yang menjadi pengerusi untuk menjalankan sesuatu aktiviti atau sesuatu persatuan (dan pertubuhan), ada yang jadi tukang bersih bagi melancarkan perjalanan organisasi, ada yang menjadi pemandu untuk memudahkan perjalanan, ada yang boleh menghubungi pihak sana pihak sini bagi meningkatkan amalan kebaikan... dan semuanya adalah usaha bergotong royong untuk mendapatkan syurga Allah. Bolehkah begitu?

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Boleh tak saya salin untuk disiarkan dalam bolg saya pula. Menarik untuk dikongsi bersama.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Salam Tuan Haji, sila panjangkan kepada pembaca lain juga.. salam