Thursday, September 23, 2010

MAK LONG MELAH YANG KEMBALI


Foto terakhir arwah Mak Long Melah
Mak Long Melah adalah emak saudara sulung dari sebelah ibu kedua datuk saya, Hj Mohd Noor; Hajah Aisyah Haji Jusoh @ Tok Hajah Chah. Dia dianugerahi seorang anak perempuan istimewa.

Raya baru ini kami sempat menziarahinya bertanya khabar. Dia meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi impian saya untuk mendapatkan kuih putu beras (kuih katok, kuih beras kata orang Kuala Nerang). Saya kira ia bukanlah perkara yang penting, sekadar pesan memesan untuk memanjangkan ingatan dan silaturahim antara anak dan emak saudara.

Sapaannya amat biasa ketika menyambut kunjungan kami; "Ooh anak aku dah balik ka.. Oo anak aku balik.." Berulang kali juga dia meminta saya menuliskan doa yang dibacakan Pakteh untuk dihafalnya.

Malam ini kami terima berita sedih pemergiannya buat selama-lamanya. Dia kembali ke rahmatullah pada jam 3.00 petang tadi (22 Sept 2010) bersama jutaan kenangan untuk kami anak-anak.

Al-Fatihah untuk arwahnya dan semoga Allah menempatkannya bersama para anbia dan syuhada.

1 comment:

Mohd. Ali said...

Inna lillah wa inna ilahi rajiun