Saturday, September 25, 2010

PENCEGAHAN AWAL MENGELAK TRAGEDI BERIKUTNYA

Tentunya pencegahan awal boleh mengelak tragedi atau akibat buruk pada masa akan datang. Mencegah itu selalunya lebih baik, bertindak awal itu tentunya menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan.

Seorang anak yang mampu dikawal, dijaga disiplinnya sejak kecil akan terbentuk sifat pribadi yang mulia di kemudian hari. Begitu juga pihak penguasa. Penguasaan awal dari apa juga kes, akan mampu membenteras gejala negatif seperti pembunuhan sadis, pecah rumah, renovasi rumah yang tidak mengikut spek, penyelewengan kuasa dan lain-lain.

Lazimnya, apabila kes pertama dibiarkan berlaku tanpa sekatan dan tindakan, maka akan berlakulah kes kedua dan seterusnya. Amat malang apabila kita menanti kes yang ke tujuh atau ke sepuluh, baharulah mahu bertindak; makanya telah ramai yang menjadi mangsa keadaan, dan tindakan seperti ini tidak dapat menghasilkan suatu yang terbaik sebagai pendidikan kepada masyarakat.

Jelasnya, pencegahan awal itu terlebih utama hendak ditegaskan sebelum kes-kes susulan akan berlarutan. Kasihan kepada mangsa-mangsa tragedi yang berpunca daripada kealpaan kita mencegah tragedi pertama.

1 comment:

Ilham Ainol said...

Salam singgah ustaz,

Takziah atas kehilangan.bersabar dan reda dengan perujian-Nya.Hidup teruji melorong ke arah keinsafan dan kesyukuran.

kepergiannya bakal dikenang kerna kita juga akan dijemput ke sana pada bila-bila masa.Hanya DIA Yang Maha Mengetahuinya.