Thursday, December 30, 2010

PENDAFTARAN SEKOLAH DAN PINDAH SEKOLAH..

2011 Ain Hanani ke Tingkatan 4 di SUKSES, Zaim Tingkatan 2, Atifi Tahun 6 bersama Nuha (Tahun 3)di SK Bt Anam. Atifi dan Nuha bersekolah agama di Buloh Kasap. Ibrahim belum tahu di mana lagi, barangkali kekal di Al-Raudhah Taman Yayasan.

Hari ini beberapa urusan pembayaran buku dan yuran sekolah diselesaikan; SK Batu Anam dan Sekolah Agama Buloh Kasap. Sekolah Agama Buloh Kasap menghadapi kekurangan bilik darjah apabila Sekolah Keb Buloh Kasap (sekolah berjiran) mengadakan satu sesi pembelajaran sahaja setelah bangunan barunya siap. Sekolah Agama terpaksa menggunakan bangunan lama; bilik kelas di Dewan Orang Ramai Tandung.

Bilik kelasnya agak daif dan naif. Maklumlah kelas buruk yang lama tidak digunakan. Tingkap dan cermin banyak yang pecah dan rosak. Tetapi itulah pilihan terbaik yang ada bagi menampung keperluan semasa terdesak lagi terpaksa. Guru-guru SABK amat saya kagumi dengan ketabahan dan kerendahan hati mereka demi pembelajaran anak-anak.

Baru tadi kami memindahkan kerusi meja ke sana. Lori Haji Md Nor Ahmad (kawan jemaah surau TY)digunakan; empat kali diulang alik...tanpa kos. Ini amal jariah saya, katanya. (Ya Allah, saya temui insan hebat ramai berada di sekeliling kita).

Petangnya ada pula sesi pertemuan dengan YB Datuk S Subramaniam (Menteri Sumber Manusia) di TY. Peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk memohon pembinaan masjid TY disegerakan dan begitu juga Sekolah Agama Taman Yayasan. Bukannya apa, apabila ada pilihanraya kecil nanti di Tenang, tentunya banyak peruntukan akan beralih ke sana. Projek yang tidak perlupun akan dibuat di sana, sedangkan ia sekadar memancing undi dan kadang kala membazir, jadinya.

Ah, hari ini agak kalut jadinya walaupun memang saya bercuti hujung tahun. (Shida ke sekolahnya; jualan koperasi dan ke Melaka mendapatkan buku-buku perpustakaan sekolah).

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Ustaz sedih benar dgr psl kes sekolah agama tu..
Pejabat agama x bantu ke?

Duit zakat kan byk...

Pendidikan agama ni kalau diabaikan buruk padahnyerr..


CAHAYA KESENANGAN

tualang3 said...

PM Ustadz,

Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2011 akan membawa surprise yang lebih membahagiakan. Kepada Allah kita bersyukur dan memohon.