Friday, December 24, 2010

TAHNIAH AIN DAPAT 8A PMR-NYA


Tahniah Ain Hanani yang mendapat 8A PMR-nya yang diumumkan kelmarin. Seramai 49 murid mendapat straight A daripada 107 calon PMR 2010. Ia meletakkan Sekolah Menengah Seri Kenangan (SUKSES) terbaik di daerah ini selepas Sek Seg Hwa dan SMKA Segamat. Bersyukur dengan kejayaan anak-anak; lebih menguja apabila kelas Ain (3RK4) semuanya mendapat straight A. Hanya GPS sekolah menurun sedikit berbanding tahun lalu.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang mendidik, berusaha gigih demi kejayaan anak-anak.

Ain, kejayaan ini adalah langkah-langkah lain yang lebih besar dan mencabar. Usah terleka dengan sedikit anugerah Allah kepada kita; kerana setiap kepayahan itu ada keindahannya.

Selaku YDP PIBG sekolah, saya lihat komitmen para guru dan pelajar amat membanggakan. Teriam kasih kepada semua dan teruskan usaha gigih kita.

(Tahun ini ramai pula guru-guru SUKSES yang berpindah.. Merisaukan juga)

5 comments:

Anonymous said...

salam..tahniah untuk semua keluarga..semuga Ain menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat..sister in islam

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Tahniah buat ibu dan ayah....

MKI

afrohead said...

salam tahniah!

ZETTY 'ZACK' RAIHAN M.Y said...

Salam ustaz, tiba2 boleh terjumpa pula blog ustaz. camne UiTM dan UPENA? Harap baik2 saja. Wasalam.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

salam n terima kasih atas doa kalian. moga Allah tentukan yang terbaik buat semua.