Saturday, February 19, 2011

MEMBANTU SAMBIL BISNESS

Dalam kekalutan saya melihat Afif kembali selamat di depan mata Wat 4, ada yang sudi menghulur bantuan.

"Anak Encik ni teruk ni. Bila dia eksiden, di mana? Encik sudah buat report? Saya boleh bantu. Ini kad saya.." sambil saya perhatikan 'Peguam bela dan Peguam cara."

"Tak apa encik, Sarjen di Tangkak semua saya kenal..."

Saya ragu-ragu memandangnya bawah ke atas. Entah apa yang perlu saya lakukan. Mahu menerima tawarannya? Perlukah saya berikan nombor telefon saya untuk menyatakan persetujuan? Teringatkan papan tanda di hospital: "DILARANG AGEN INSURANS, AGEN PEGUAM DAN AGEN KERANDA KEMATIAN MASUK KE SINI."

Ah, saya biarkan dia dahulu begitu.

Ketika saya menjengah sebentar di Wad ICU, seorang lagi wakil guambela datang menemui, dengan cerita yang sama. Nanti dululah. Nanti saya hubungi saudara, sambil melangkah laju mahu solat Jumaat di Masjid Sultan Ibrahim, Muar.

Dunia ini sentiasa dipenuhi oleh urusan RM dan $ hinggalah ia mati ke dalam kubur. Sayangnya para malaikat tidak boleh dirasuah, jika tidak berbondong-bondong kita cuba merasuahi para malaikat.

No comments: