Saturday, February 26, 2011

PENGHARGAAN

Kecederaan pada Afif agak berat. Lututnya yang pecah berskru, dagu yang patah diikat besi dan dirapatkan gigi bagi serasi, dua jari tangannya patah, bahunya retak, saluran pernafasannya dikesan ada kebocoran dan luka di bahagian atas kaki. Tragedi di Sagil sukar hendak dijelaskan sebab kejadiannya. Orang ramai yang membantu - dimaklumkan pihak tentera yang mula menemuinya di tempat kejadian - dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Tragedi jam 9 pagi pada 16 Februari 2011, di atas jambatan pertama selepas Air Terjun Gunung Ledang (dari arah Segamat).

...............................................

Saya bertemu Dr Ros Aini; 'Doktor, bagaimana saya mahu mengucapkan terima kasih?'

"Cakap je lah 'terima kasih'..

'Itu hanya dua kalimah, dua perkataan sahaja. Ia tidak cukup dengan apa yang doktor dan staf di sini membantu kami...."

Iya, kalimah 'terima kasih' adalah terlalu ringkas bagi melahirkan rasa penghargaan kita kepada semua orang, terutamanya kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Terima kasih tidak cukup untuk melahirkan kepuasan dan nikmat yang kita dapat yang dihulurkan oleh mereka yang bertanggungjawab.

Pada ruang terbatas ini, kami sekeluarga merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga di Hospital Muar dan Hospital Tangkak. Penghargaan ini ditujukan kepada;

Doktor dan staf di Wad 4; Hospital Tangkak juga...
Doktor Pergigian dan X-ray (CTSCAN juga)
Ambulan dan pihak keselamatan; polis dan tentera
Doktor/ staf di bilik pembedahan dan ICU

Pengurusan UiTM (PM Dr Omar, PM Yusri, PM Abdullah, En Badrol dll)
Rakan-rakan dan warga UiTM Johor
Masjid As-Syakirin
CITU (syukran jazilan lakum..)

Warga Taman Yayasan
Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan
Sahabat dan jiran
Cikgu Syikin; dapat juga tidur di kerusi malas
Hj Toha; dapat kami pinjam kerusi rodanya..
dan ramai lagi rakan dan sahabat yang tidak dapat dinyatakan di sini..

MRSM TGB Jasin (Dr Mariam, Us Sabri, Cikgu2, dan rakan-rakan Afif)
SMK Seri Kenangan (SUKSES) - pentadbir dan rakan-rakan guru yang terlalu banyak membantu kami, menemankan Shida pada saat kesusahan, Cikgu Mazlan, C Fai'zah, C. Mohktar, Us Shuhaimi, Tn Hj Ayob dll)

Sahabat IKRAM di Muar dan Segamat
Akh Anuar/ Shariza

Masjid Sultan Ibrahim, Muar.. tempat mandi dan solat yang cukup indah dan tenang. (terpaut hati ini)

Suadara mara dan semua yang mendoakan kami, datang berziarah, membantu kami, juga kepada rakan-rakan pesakit dan saudara mara di Wad 4; peluang bertemu dengan mereka yang kita tidak pernah disangka-sangka.


MOHON KEMAAFAN

Kami juga memohon ribuan kemaafan andainya perlakuan dan tindakan kami kurang enak dan kurang sesuai pada keadaannya. Kami juga mohon ampun dan maaf, andainya tulisan di Blog ini tidak tepat kenyataannya, maklumlah saya hanya sekali lalu sahaja cuba merakamkan apa-apa sahaja yang warga HPSF lakukan, mungkin fakta dan namanya tidak tepat, mohon dimaafkan.

Kami juga mohon dimaafkan salah silap selama kita berkawan dan bergaul.. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.. Subhanallah.

1 comment:

jakionline inc said...

Semoga Afif cepat sembuh. Harap ust pun banyakkan bersabar .. tiada daya upaya kita..