Wednesday, March 2, 2011

BURUNG-BURUNG PUN DIAM

Seekor burung tekukur, setelah pasangannya mati; sepasang ketutur; tiga ekor tekukur jawa dan 2 ekor nuri kecil; itulah yang ada dalam sangkar burung di tepi rumah. Burung-burung ini rajin berbunyi - menyanyi - tanpa henti.

Namun bunyi nyanyian burung ini semakin tidak kedengaran kebelakangan ini. Mungkin dia merajuk setelah agak lama saya tiada di rumah. Bagaimana mahu pujuk burung-burung ini untuk menyanyi kembali? Bagaimana mahu dipujuk?

2 comments:

Anonymous said...

Salamun Ustaz

Biarkan burung-burung itu bebas berterbangan di dunianya tersendiri. Usahlah dipenjarakan. Ia juga makhluk Allah SWT yang mengimpikan kebebasan.

Bayangkan jika kita sendiri terkurung, bolehkah kita menyanyi dan bergelak ketawa penuh ceria?

Untuk mengundang hadirnya, apa kata taburkan makanan di laman rumah, Insya Allah, berkatnya bertambah tanpa dijangka.


Terus terang, saya amat simpati pada burung-burung itu...

8( ropidi.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Merdekakanlah.............

Kita hanyalah hamba yang mencari redha Allah.

Hafsah