Tuesday, March 22, 2011

DRIVER TEKSI

Pemandu ataupun pemandu teksi yang bekerja menekan minyak, jalan beribu kilo/ beribu batu; adalah lumrah. Biasa. Tiada yang penat. Sesekali kita kena memandu jauh, aduh! penat terasa.

Petang Sabtu lalu (19 Mac) saya (dan Shida) ke Hospital Klang mengambil abah keluar hospital pulang ke rumahnya di Sekinchan. Jam 7 kami keluar dan tiba di rumah sekitar 10 malam. Lega kerana abah ada tongkat tiga yang membantunya untuk bergerak setelah paha kirinya patah jatuh motor seminggu yang lalu. Dan abahpun kena diam di katilnya untuk beberapa waktu. Mungkin emak yang akan penat menguruskan abah, namun ia jauh lebih baik di rumah berbanding di hospital.

Ahad paginya kami berangkat pulang meninggalkan abah dan emak. Kasihan emak yang bersendirian.

Tiab di Segamat jam 2 petang dan sempat singgah kenduri di rumah Haji Rosli. Jam 3 berangkat ke Seremban menghantar Ain di Kolej Tunku Kursiah. Tepat tiba sebelum jam 6.

Nuha kehujanan. Itu biasa baginya. Ain, dan Ain juga seorang yang kelihatannya keras, tetapi dia lunak dan lembut. Syukur saya pada kelunakannya. Malah sepanjang cuti sekolah, Ain banyak membantu menjaga abangnya Afif di rumah. Terima kasih Ain.

Selamat sampai ke rumah kira-kira jam 9 malam. Esok bermula hari persekolahan. Oh. begitulah resam hidup.

No comments: