Tuesday, March 22, 2011

STUDENT MALL @ SHAH ALAM

Aktiviti keusahawanan semakin ditekankan kepada pelajar UiTM. Pelajar kita lebih perlu berdikari dalam menentukan masa depan mereka sendiri. Keusahawanan menjadi pilihan utama, seharusnya graduan masa kini.

Pagi Isnin menghadiri mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE), pada ketika yang sama sibuk menyalin data komputer (sewa) yang akan diambil kembali. (Begitulah keadaannya komputer sewa, sampai masanya PC akan diambil balik dan kita kena menyalin bahan/ data ke external hard-disk untuk disimpan).

Tengah harinya bertolak ke Shah Alam dan meraikan kedatangan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed Menteri MITI bagi merasmikan student mall. Keusahawanan perlu diperkasa. Pelajar perlu diberi peluang berniaga dan menimba pengalaman berniaga. Untuk apa? Supaya mereka lebih berdikari dan meneroka bidang baru yang lebih menguntungkan (9/10 sumber rezeki dalam perniagaan). Di mana bangsa kita kalau terus menagih gaji @ pendapatan dengan bernaung di bawah syarikat orang lain?

Saya bayangkan di UiTM Johor juga kita punyai student mall seperti itu.. he he.. moga berjaya

No comments: