Monday, April 25, 2011

HEBAT

Allah jadikan manusia ini hebat. Hebat dalam segala segi. Hebat untuk menjadi baik, hebat juga untuk menjadi sebaliknya.

Perhatikan jemaah di surau kita. Ada jemaah yang tua dan uzur namun masih gagah datang berjemaah. Setiap waktu dia ada walaupun solat di atas kerusi. Haji Khalid.

Ada pula yang datangnya jauh, jauh rumahnya dari surau tetapi datang juga berjemaah. Taman Seruling berdekatan dengan Masjid Buloh Kasap, tetapi dia lebih selesa berjemaah di surau kita. Bob @ Nazri Sulaiman. Jauh datang untuk berjemaah.

Sebaliknya, ada pula yang muda belia, sihat tubuh badannya, dekat pula dengan masjid dan surau, tetapi agak liat muncul berjemaah. Itulah hebatnya manusia.

Saya mahu menjadi insan hebat yang dicintai Allah dan ummah.

No comments: