Wednesday, April 20, 2011

INOVASI DALAM P & P



Peningkatan mutu pendidikan banyak bergantung pada komitmen, kreativiti dan penglibatan guru, ibu bapa dan murid. Namun puncanya bermula dari peranan guru atau kepimpinan guru itu sendiri. Bagaimana Sekolah Ulu Lubai dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sedangkan ia berada jauh terpencil di pedalaman Sarawak? Kreatif. Inovatif menggunakan semua sumber yang ada untuk kejayaan pelajar dan masyarakat setempat.

Pengajaran di dewan kuliah di universiti juga memerlukan sedikit kreativiti dan penambahbaikan untuk menarik minat pelajar seterusnya menghidupkan suasana pembelajaran di dalam kelas. Teori pengajaran dan kependidikan telah lama ada diajar, namun ia tidak semua melekat di hati untuk kita amalkan. Kebiasaan. Kebiasaan yang menentukan bentuk pengajaran yang kita jalankan. Jika kebiasaannya bertapak sejak 90an, maka ia akan kekal hingga ke tahun-tahun terkini walaupun mungkin agak 'ketinggalan' eranya.

Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini yang terfikir lama dalam benak fikiran. Saya berhasrat untuk mengadakan satu seminar berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas; kreativiti kepimpinan guru-pengetua, kemahiran eksplorisasi, penyelidikan dalam pengajaran; yang mungkin begitu tema seminarnya.

Ia adalah langkah awal untuk merealisasikan kerjasama antara UiTM Cawangan Johor dengan pihak PPD/JPN/Kementerian Pelajaran ke arah berkongsi pengalaman dalam P & P. Saya harap perkara ini dapat dimurnikan sebaiknya. (Khairunisa' bertungkus lumus menyediakan rangka kertas kerjanya, berbisik dengan YB Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran; dia nampak bersetuju, namun banyak perkara lain yang akan kita susuli).

Semalam menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Batu Anam yang disempurna rasmikan oleh YB Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Saya dijemput atas nama YDP PIBG SMK Seri Kenangan, dan anak-anak saya juga ada di SK Bt Anam; Atifi, Nuha dan Ibrahim.

No comments: