Tuesday, May 24, 2011

BEIJING.. CATATAN 16 MEI

16 Mei, HARI GURU. Beberapa SMS saya terima daripada pelajar Malaysia meraikan hari guru. Maaf saya sengaja tidak membalasnya kerana kadar SMS-nya agak tinggi. Saya catatkan coretan perjalanan kami di Beijing.

Selepas sarapan, kami bertolak ke Kedutaan Besar Malaysia di Beijing. Hampir dua jam (tiba jam 10.15) perjalanannya dan kami disambut pegawai kedutaan; En Wong (Bhg Pelajaran) yang kali kedua saya mengenalinya. Taklimat disampaikan En Fadhil dan sesi bergambar sebelum berangkat keluar jam 11.30 pagi ke BFSU.

Kami singgah makan dahulu di kedai makan muslim di sekitar masjid utama Beijing. Penjual beg dan halwa kacang menyambut ketibaan kami, sebelum sebahagian peserta; termasuklah saya membelinya.

Kami terus menuju BFSU dan tiba jam 1.00 petang disambut pelajar Malaysia diketuai Sdr Haris, Mazlan, Nabihah dll. Mereka amat menyenangi kunjungan kami. Selesai solat, sesi perkenalan dan taklimat ringkas bermula. Lebih membahagiakan kami Prof Dr Awang Sariyan, Pemegang Kerusi Pengajian Melayu BFSU turut hadir bersama kami.

Selepas itu sesi persembahan budaya Melayu dipertontonkan di khalayak ramai di ruang terbuka universiti. Ramai pelajar yang datang melihat tarian 1Malaysia, bermain congkak dan batu seremban. Peluang kepada pelajar kami untuk mengenali orang luar di sana. Pelajar jurusan Melayu; Sdr Abdullah juga turut terhibur.

4.45 kami mula keluar dari BFSUke Kilang Mutiara. Jam 5.15 masuk, sebentar sahaja keluar kembali.

6.00 makan malam di restoran seberang jejantas (pernah saya kunjungi 2010), berhampiran Xiyuan Bridge. Jam 7 kembali bertolak ke hotel. Solat dan mandi.

Saya berpeluang mengikuti post-mortem program pada hari itu. Jam 9 – 10 malam. Terasa bahangnya.

Ke kedai berdekatan, belikan kismis dan air minuman. Tidur.

No comments: