Tuesday, May 24, 2011

KEMBARA SIMBIOSIS MAHASISWA MALAYSIA-CHINA 2011

Perjalanan ke Beijing kali kedua mengikuti rombongan pelajar UiTM anjuran JPK Kolej sector C dan A, berlangsung dari 15 – 20 Mei 2011. Saya tidak kenal sangat pelajar berkenaan sehinggalah ajakan mereka disambut dan kami berangkat menaiki bas UiTM ke LCCT, KLIA. Pengarah Projeknya ialah Cik Rabiatul Adawiyah (pensyarah) disertai sembilan pelajar lain; Aainaa, Era, Kotak (Aqmal), Noroon, Hajar, Hidayat, Farah, Izaty dan Abe (Shakri). Rombongan ini amat bertuah kerana dipimpin Prof MKI dan Puan Roza dan ditemani Zarina, Nurul Zulaikha Shuhada.

Gerak kerja untuk menjayakan program ini telah lama berjalan. Pada 13 Mei lalu, mereka persembahkan tarian 1Malaysia kepada PM Dr Omar Samat, Rektor dan PM Abdulah, TIREK HEPA di kampus Johor.

Saya ringkaskan catatan perjalanan Kembara Simbiosis Beijing 2011, seperti berikut:

14 Mei jam 11 malam bertolak dengan bas UiTM dari Segamat ke LCCT, KLIA. En. Yusuf pemandu kami amat baik orangnya. Jam 2.00 pagi tiba di LCCT memakirkan barangan dan berehat menunggu ketibaan pagi. Solat tahajud jangan dilupa pada peluang sebaik ini Allah berikan.

15 Mei
Jam 5 pagi, kami bersarapan di McD sebelum solat berjamaah di surau LCCT jam 5.35. Daftar masuk bermula jam 6.00 pagi dalam keadaan blackout berlaku berulang kali. Ia menjadi punca kepada kelewatan penerbangan kami pada hari berkenaan.

7.00 masuk gate berlepas dan menunggu begitu lama di dalam pesawat mula berlepas pada jam 9.15 pagi. Difahamkan pelajar kami bapanya kehilangan RM1600 + USD500 semasa di LCCT untuk tujuan perjalanan ini. Menyedihkan.

10.45 pagi baru dihidangkan makanan, itupun kena beli; first time naik AIR ASIA; RM13, dan sebotol air RM6.00. Kesejukan yang amat sangat di dalam pesawat hingga kebas kaki dan tangan walaupun selimutkan kain di lutut.

3.15 mendarat di Tianjin menaiki bas terus ke Beijing. Pemandu pelancong kami ialah Cachy dan pemandunya Mr Wu. Bercadang jika berkesempatan akan menyaksikan pertunjukan akrobatik, namun masa terlewat, kami terus ke kedai makan. (Kedai yang sama pernah saya kunjungi pada 2010, tempat saya beli er-hui). Saya demam dan tidak selera sebenarnya. Mungkin kepenatan, tidak cukup rehat. Solat Asar/Zohor di situ, sebelum pulang belikan roti dan air.

8.00 tiba di hotel The Famous International Hotel, Sanqingdi Fengtai District, Beijing. Agak sederhana tetapi lengkap. Ramai penghuni daripada Malaysia menginap di sini.

Selepas mandi air suam, makan ubat dan terus tidur, demam.

Jam 11.30 Sdr Hafizi teman sebilik merupakan ‘orang tengah’ pengatur perjalanan ini mengejutkan saya kerana menghadapi masalah kewangan dengan pihak pengusaha pelancongan di Beijing. Cuba membantu, namun ia dapat diselesaikan kemudiannya.

Sambung lagi tidur sebelum dikejutkan Prof untuk solat Subuh berjamaah.

No comments: