Tuesday, May 24, 2011

DAFTAR AFIF DI UiTM PUNCAK ALAM

Kami tiba dari Kedah jam 3.00 pagi Isnin (23 Mei 2011).

Jam 9 pagi kami bertolak ke UiTM Puncak Alam kerana mendaftarkan Afif ASASI Kejuruteraan UiTM.

Tiba jam 1.00 tengah hari dengan ramainya warga baru UiTM bersama-sama. Menggunakan bas transit adalah langkah bijak bagi mengelakkan kesesakan di asrama.

Afif ditempatkan di tingkat 7 bersama seorang rakannya dari Kelantan.

Solat Zohor dan makan tengah hari lalu kamipun bertolak pulang meninggalkan Afif dengan seribu harapan untuk kejayaan masa depannya. Mengentuk. Berhenti dua tiga kali sebelum meneruskan perjalanan ke Segamat.

Minggu ini penuh dengan siri perjalanan yang panjang. Dari Beijing ke Kedah dan Puncak Alam.

(Doa kami semoga Dr Omar yang sedang mendapat rawatan agar segera sembuh. Saya terima SMS mengenainya sewaktu menjejak kaki di LCCT, KLIA daripada Puan Che Faridah. Terima kasih. PM Kamel Taufiq dilantik sebagai Timbalan Rektor HEA UiTM Cawangan Johor berkuatkuasa 1 Jun 2011, tahniah dan selamat menjalankan tugas).

Pelajar baru mendaftar di UiTM Johor mencecah 1300. Masjid kita penuh sesak dan melimpah ke luar..

No comments: