Tuesday, May 24, 2011

DARI BEIJING KE KEDAH (UUM SINTOK)

Kami bersolat Zohor/Asar di Airport Tian Jin. Menunggu untuk berlepas, keletihan dan kehausan menyelimuti diri. Memasuki pesawat dan mula berangkat dalam jam 4 petang.

Perjalanan enam jam, suatu yang bosan sebenarnya. Kami sempat kumpulan koleksi gambar yang diambil untuk dijadikan kenangan. Sambil berceloteh di sana sini..

Tiba di LCCT jam 10 malam, say bye-bye kepada rakan pelajar yang dijemput pulang keluarga masing-masing. Kami bertolak pulang dengan dua buah van UiTM, satu bawa barang dan satu bawa penumpang. Berhenti makan di Nilai; bagaikan melepas geram makan ikan masak tiga rasa dan sup tulang...

Mahu sup telur ke sup tulang?... he he

Sampai ke rumah jam 3 pagi, berkemas dan tidur sebentar jam 4 pagi. Jangan lupa sujud syukur.

8.00 pagi Sdr Zalizan bersedia menunggu kami untuk berangkat ke Kedah. Saya mohon tempoh ke jam 9 untuk membaiki tayar kereta yang rosak.

Kami bertolak ke Kedah dan saya terlebih banyak tidur daripada jaga.

5 petang kami tiba di Sungai Petani, singgah rumah abang Mustafa yang melangsungkan perkahwinan anaknya pada hari ini; Solehah.

Pulang lewat malam bermalam di Kuala Nerang.

Awal pagi Ahad kami ke UUM melihat aktiviti keusahawan yang dijalankan melalui CEDI (Co-Operative and Entrepreneurship Development Institute). Ybhg Prof Hassan Ali, selaku Pengarah Eksekutif menyambut kami dan memberi taklimat kegaitan keusahawanan dan aktiviti yang dijalankan. Ternyata CEDI berjaya menterjemahkan budaya korporat dan keusahawanan seperti yang dikehendaki kerajaan hari ini.

Perbincangan disusuli dengan lawatan ke Sutendt Mall melihat aktiviti jualan yang dijalankan pelajar. KoSiswa juga telah diwujudkan bagi membolehkan pelajar berniaga dan berkecimpung langsung dalam perniagaan.

Kami pulang melalui jalan pintas; UUM-Padang Sanai. Jimat masa 30 minit.

No comments: