Tuesday, May 24, 2011

MEMBELI BELAH DI BEIJING, SUKAR HENDAK DITENTUKAN HARGA

19 Mei/ Day 5

Hari membeli dan belah..

Alhamdulillah, Prof kejutkan kami untuk solat subuh berjemaah dan menyampaikan tazkirah.

8.45 pagi bertolak ke Beijing

10.00 pagi singgah di Hard Rock Cafe, just for 10 munite, nothing to buy.

10.15 di Shen Shai market, sebuah bangunan sederhana dengan berbagai pilihan barangan. Saya beli beg mengingatkan Afif yang akan masuk UiTM di Puncak Alam.

Makan di Restoran, saya beli Er Hui Y18 – tempat tarian 2010 – dan solat jamak di masjid berdekatan.

Singgah di Silk Market, bangunan enam tingkat menempatkan berbagai pilihan sutera dan barangan buruan pelancong. Saya beli sehelai dua sutera buat ingatan yang tersayang.

Bertolak keluar jam 4.00 petang.

Ke Ya Shua Market; juga barangan kegilaan pelancong ditawarkan. Kain sutera agak mahal ditawarkan di sini.

6.45 kami keluar ke restoran yang sama untuk makan malam.

Selepas makan, Hajar mengajak menemaninya dengan Uncle ke Silk Market sekali lagi untuk membeli sutera; keluar bersama dengan Izati dan Noroon. Uncle bekerja sendiri membawa pelancong dan rumahnya di pusat Bandar Beijing. Tawar menawar menjadi routin biasa dan kami mendapat Y55 semeter sutera.

Kami berpeluang ke dataran skrin besar, ibarat siling skrin yang cantik dan mengkagumkan. Kawasannya begitu ekslusif dan dilayarkan fenemona alam yang menakjubkan. Ada pula sisipan SMS yang dihantar yang lebih merupakan ‘kota cinta’ kepada pengunjung.

Kami dihantar pulang dan dapat menyaksikan limpahan lampu di Tienament Square dan kota raya Beijing pada waktu malam.

Tiba di hotel sekitar 10.30 malam, kepenatan dan rehat...

No comments: